Hakmilik ialah hasil terakhir kepada pemberimilikan atau pindahmilik. Ia menjadi bahan bukti keempuyaan tanah. Pada asanya hakmilik mengandungi dua maklumat iaitu siapa tuan punya dan dimana tanah ia miliki. Disamping itu juga terdapat maklumat lain yang terkandung didalamnya untuk tujuan tertentu misalnya jumlah cukai tahunan, syarat-syarat dan sekatan-sekatan yang dikenakan bertujuan untuk mengingatkan tuan punya tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Tidak semua syarat dan sekatan yang dikenakan tercatat dalam hakmilik kerana ada juga syarat dan sekatan yang termaktub dalam undang-undang sahaja. Sebarang urusan yang berkaitan dengan pindahmilik, pajakan, gadaian, isemen dan turunmilik atas sebab kematian dimasukan untuk menunjukkan siapa tuan punya dan pihak-pihak berkepentingan pada masa itu. Selain itu, kaveat, perintah larangan, nota perampasan, pengambilan tanah secara paksa atau maklumat lain dianggap perlu dimasukkan untuk menjadi makluman kepada pihak-pihak yang hendak berurusan dengan tanah tentang bebanan yang ada dan perkara lain berhubung hakmilik tersebut.